PANDUAN PEMAKANAN SIHAT SEMASA LEBARAN
7Panduan Penyediaan Hidangan Sihat di Hari Raya
1) Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek. Gunakan ½ atau ¾ daripada kuantiti gula yang biasa digunakan semasa menyediakan biskut dan kek.2) Gunakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit.
3) Kurangkan menyedia makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak.
4) Gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak dalam penyediaan rendang atau kuah lontong.
5) Potong ayam atau daging dalam saiz yang kecil.
6) Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan buah prun.
7) Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan kuih-muih, kek dan puding.
7 Panduan Makan Secara Sihat di Hari Raya
1) Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.2) Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
3) Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
4) Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
5) Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
6) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
7) Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.
7 Panduan Meraikan Tetamu Secara Sihat di Hari Raya 7
1) Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.2) Sediakan air kosong pada setiap waktu makan.
3) Asingkan gula apabila menghidang teh atau kopi.
4) Hidangkan pelbagai jenis sayur bersama hidangan utama.
5) Hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.
6) Sediakan pilihan makanan yang lebih sihat seperti sup berbanding kuah lemak.
7) Elakkan menghidang asam, jeruk dan gula-gula kepada tetamu semasa Hari Raya.
Berikut adalah beberapa senarai makanan dan nilai kalorinya.
a) Hidangan Utama
b) Kuih-muih
c)Minuman
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam perancangan pengambilan makanan semasa lebaran. Marilah kita mengekalkan pemakanan sihat walaupun ketika gembira menyambut lebaran, ini akan dapat meneruskan kebaikan setelah sebulan berpuasa tehadap kesihatan kita.
Rujukan :Buku Makan Secara Sihat Dihari Raya, Terbitan Bahagian Pemakanan, KKM, 2012.
Disediakan Oleh :
Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan, Keningau
No comments:
Post a Comment