Thursday 24 October 2013

PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN (PUSAT PROMOSI PEMAKANAN SIHAT) KENINGAU



Pusat Maklumat Pemakanan ditubuhkan sebagai sebuah pusat penyebaran maklumat pemakanan kepada masyarakat dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian, berkesan dan mesra pelanggan.  Ia juga selaras dengan strategi ketiga Dasar Pemakanan Kebangsaan yang menggariskan supaya semuapenduduk negara ini berupaya memperoleh pengetahuan, pendidikan pemakanan dan sumber, serta peluang untuk membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan fakta mengenai pemilihan makanan yang sihat.

Kebanyakan pusat yang menyediakan maklumat yang berkaitan pemakanan adalah lebih berorientasikan komersil (profit based) dan mengelirukan masyarakat. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil inisiatif ini untuk mewujudkan Pusat Maklumat Pemakanan bagi menyebarkan maklumat yang terkini dan tepat.
1.0    KONSEP PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN KAWASAN KENINGAU
Pusat Maklumat Pemakanan Kawasan Keningau merupakan sebuah pusat informatif yang mengumpul dan menyebar maklumat pemakanan yang terkini dan tepat kepada masyarakat.  Ia dilaksanakan oleh Pegawai Zat Makanan atau anggota kesihatan yang terlatih. Infrasturktur Pusat Maklumat Pemakanan merangkumi peralatan audio visual, bahan pendidikan, bahan rujukan dan kelengkapan teknologi maklumat.
2.0    OBJEKTIF PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN KAWASAN KENINGAU

            2.1       Objektif Am
Meningkatkan taraf pemakanan masyarakat melalui penyebaran maklumat pemakanan.

            2.2       Objektif khusus
                               i.        Menyebarkan maklumat pemakanan terkini kepada masyarakat.
                              ii.        Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan makan secara sihat.
                     iii.        Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam amalan makan secara sihat.
                             iv.        Menyediakan perkhidmatan runding cara pemakanan secara individu dan berkumpulan.
                            v.       Menyediakan perkhidmatan latihan pemakanan yang praktikal kepada masyarakat.

Disediakan oleh : Mohd Zamir Bin Majid 
Pegawai Pemakanan PKK Keningau

No comments:

Post a Comment