Thursday 24 October 2013

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kawasan Keningau 2013

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (MPSI) merupakan salah satu aktiviti untuk mempromosikan penyusuan susu ibu di kalangan masyarakat umum. MPSI juga disambut dengan pelbagai tema di segenap pelusuk dunia pada setiap tahun.  Pada tahun 2013, tema yang terpilih adalah “Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Dampingi Ibu”Tema ini bertujuan untuk menarik perhatian terhadap kepentingan sokongan dari rakan-rakan untuk ibu-ibu memulakan dan mengekalkan amalan penyusuan susu ibu dan memberi pendedahan kepada ibu tentang Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKSSI) tempatan yang boleh ibu hubungi untuk mendapatkan bantuan dan sokongan selepas melahirkan bayi.

Logo Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2013
"Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Dampingi Ibu"
Majlis Pelancaran dan perasmian Minggu Penyusuan Susu Ibu 2013 peringkat Kawasan Keningau telah dijalankan pada 9 Oktober 2013 bertempat di Pentas Terbuka Tapak Tamu Pekan Tenom. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Pertandingan Mencipta Buku Skrap Penyusuan Susu Ibu, Pertandingan Mencipta Model Payudara, Pertandingan Bilik Penyusuan, Ceramah Penyusuan, Kuiz Terbuka, Perkongsian AKSSI, Saringan Kesihatan, Persembahan Koir dan Pameran Penyusuan Susu Ibu.

Ceramah Penyusuan Susu Ibu oleh Dr Tan Su Hui
Perkongsian AKSSI oleh Puan Aidah John
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Persembahan Koir Penyusuan Susu Ibu Daerah Tenom
Majlis Perasmian Sambutan MPSI Peringkat Kawasan Keningau
Pameran dan Saringan NCD
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan yang dijalankan

Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam Majlis Sambutan MPSI

Sehubungan itu, diharapkan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu ini, pelbagai manfaat diperolehi dan memberi kesedaran terutama kepada para pengunjung yang hadir dalam usaha untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan penyusuan susu ibu kepada masyarakat. 

Disediakan oleh : 
Nur Shazwani bt Abdul Rahim Marahi,
Pegawai Sains (Pemakanan) Daerah Tenom



1 comment: