Tuesday, 17 June 2014

Pameran Pemakanan di Tadau Keamatan Kebangsaan

Pada 14 Jun 2014, Daerah keningau telah menjadi tuan rumah dalam menganjurkan program Tadau Keamatan peringkat kebangsaan. Pusat Maklumat Pemakanan telah dijemput untuk bersama dengan unit promosi kesihatan PKK Keningau untuk mengadakan pameran interaktif semasa sambutan tersebut.

Pusat Maklumat Pemakanan membawa konsep pengenalan Kalori melalui keseimbangan, keperbagaian dan kesederhanaan pengambilan makanan. Antara aktiviti yang dibawa adalah :

1) Kenali Indeks Jisim Tubuh.
2) Saringan komposisi tubuh
3) Asas pemakanan sihat
4) Nasihat pengurusan berat badan

Disamping itu, edaran risalah makan secara sihat serta piramid makanan juga dilakukan selain pameran piramid makanan, kalori makanan serta permainan komputer interaktif..
Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil :

Pengunjung diterangkan hidangan sayur dan buah secara interaktif

Saringan 'Body Fat'

Pengunjung di Booth Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

Pengunjung Di Pameran Pemakanan

Pameran piramid makanan dan 'trailer pemakanan'
Disediakan Oleh ;
Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan Keningau

KURSUS PENGURUSAN BERAT BADAN

Pada 12 jun 2014, Pusat Maklumat Pemakanan telah menganjurkan kursus pengurusan berat badan. Kursus ini memberi keutamaan kepada semua kakitangan kesihatan yang mempunyai minat untuk mengetahui teknik dalam pengurusan berat badan amnya dan khasnya bagi yang mempunyai keinginan untuk menurunkan berat badan.

Isu obesiti sememangnya menjadi isu yang penting dan hangat di bincangkan. Pusat Maklumat Pemakanan telah mengambil penekanan dalam beberapa aspek termasuk persediaan mental dan fizikal sebelum memulakan sebarang program pengurusan berat badan.

Antara topik yang disentuh adalah :
 1) Strategi Pengurusan Berat Badan.
2) Teknik mengatasi cabaran dalam pengurusan berat badan.
3) Penyediaan makanan rendah kalori
4) Teknik Senaman untuk penurunan berat badan

Dalam setiap topik diatas diselitkan latihan pengiraan berat sasaran, nilai keperluan kalori, pembahagian kalori harian, strategi menurun berat badan, teknik menewaskan 'pleataeu', teknik pengambilan makanan yang betul, teknik mengelakkan pembentukan lemak badan, teknik menurunkan berat badan yang cepat, menghasilkan 'meal replacement', senaman yang khusus membakar lemak dalam tubuh.

Kursus ini telah menarik seramai 40 orang anggota kesihatan, berikut disertakan beberapa gambar sepanjang kursus dijalankan.


Sesi pendaftaran dan antropometri

Pendaftaran dan antropometri

Sesi taklimat penyediaan hidangan sihat

Antara peserta yang hadir

Demostrasi menyediakan makanan rendah kalori - oleh Pegawai Dietetik

Menyediakan 'meal replacement'

Ramuan 'Slimming Soup'

Taklimat teknik senaman penurunan berat badan
Semua peserta yang berjaya mengikuti kursus ini akan dipantau pada bulan 1 dan bulan 3 selepas program untuk mendapatkan keputusan selepas menghadiri kursus. Kursus ini juga akan dijadikan program secara berkala bagi memastikan semua anggota yang berminat dapat mencapai berat badan yang ideal dan yang paling utama adalah perubahan gaya hidup.

Disediakan oleh :
Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan, Keningau