Monday 10 February 2014

Info Pemakanan Dihujung Jari Anda


APLIKASI PEMAKANAN SIHAT.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentuk laman web MyNutri yang boleh dilayari di http://mynutri.moh.gov.my, portal Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my atau laman web Bahagian Pemakanan iaitu http://nutrition.moh.gov.my. Di antara kandungan laman web ini adalah maklumat panduan makan secara sihat, resepi sihat dan kandungan kalori serta aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kalori tersebut. Selain itu, terdapat menu ‘Keperluan Kalori Saya’ bagi membantu dalam pengurusan berat badan pengguna.  


Semoga dengan pelancaran applikasi ini memudahkan para pengguna mendapatkan info yang sahih berkaitan pemakanan.

Selamat mengguna..

Disediakan oleh :
Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan, Keningau

Wednesday 5 February 2014

Aktiviti Pusat Maklumat Pemakanan - Jom 'cardio dance'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Maklumat Pemakanan, Keningau telah memulakan program jom 'cardio dance' bagi membudayakan aktiviti senaman ini di kalangan warga kesihatan PKK Keningau dan terbuka kepada masyarakat setempat.


5 februari 2014 adalah hari pertama aktiviti ini dijalankan dan akan dijadikan program rutin setiap hari Rabu dan Jumaat dari jam 4 - 5 petang. Selain 'cardio dance' pelbagai aktiviti lain cuba dibawa oleh instructor yang dilantik supaya aktiviti ini menjadi lebih menarik. 

Saya sertakan sedikit gambar sebagai tatapan dan menjadi pendorong kepada semua untuk datang bersama - sama kami pada hari-hari berikutnya.




Sebarang pertanyaan berkenaan aktiviti boleh  menghubungi Pusat Maklumat Pemakanan, Keningau, di talian 087-333725.


Disediakan oleh :

Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan , Keningau

Tuesday 4 February 2014

Inisiatif Klinik Rakan Bayi (IKRAB)


  • Inisiatif Klinik Rakan Bayi (IKRAB) telah dilancarkan oleh WHO dan UNICEF untuk menggalakkan khidmat kesihatan mengamalkan sepenuhnya, melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif sejak bayi dilahirkan.
  • Pelaksanaan IKRAB ini meliputi kemudahan kesihatan yang memberikan perkhidmatan kepada ibu dan anak (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Klinik Kesihatan
  • Bertujuan memberi galakan kepada ibu-ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan pertama dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.





  • Bagi menunjukkan kesungguhan PKK Keningau dalam menyokong Penyusuan Susu Ibu di bawah program IKRAB ini, beberapa klinik telah dinilai dan diiktiraf sebagai Klinik Rakan Bayi.
  • Klinik tersebut adalah:
    • Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Keningau
    • Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tambunan
    • Klinik Kesihatan Bingkor
    • Klinik Kesihatan Apin-apin
    • Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tenom
    • Klinik Kesihatan Melalap
    • Klinik Kesihatan Kemabong




  • Semoga dengan pelaksanaan IKRAB ini semua anggota kesihatan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu dan anak dalam pengurusan penyusuan susu ibu di samping terdapat ruang selesa yang turut disediakan di setiap kemudahan kesihatan untuk penyusuan susu ibu.

Disediakan oleh:
Nur Shazwani bt Abdul Rahim Marahi
Pegawai Pemakanan Daerah Tenom