Friday 15 November 2013

PENGENALAN PANDUAN DIET MALAYSIA (MALAYSIAN DIETARY GUIDELINES)

Panduan Diet Malaysia 2010 diterbitkan hasil daripada semakan Panduan Diet Malaysia 1999.

Panduan Diet Malaysia 2010 adalah bertujuan untuk menyediakan nasihat bagaimana untuk mempromosikan makan secara sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Panduan Diet Malaysia 2010 mengandungi 14 mesej utama (Key Messages)
1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan pengambilan anda.
2. Kekalkan berat badan dalam lingkungan yang sihat.
3. Aktif secara fizikal setiap hari.
4. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya ( utamakan bijirin penuh) serta ubi-ubian.
5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
6. Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secara sederhana.
7. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.
8. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kurangkan lemak serta minyak semasa 
    menyediakan makanan.
9. Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam dan sos.
10. Ambil makanan dan minuman yang kurang gula.
11. Minum banyak air setiap hari.
12. Amalkan penyusuan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulandan teruskan penyusuan susu       ibu sehingga berumur 2 tahun.
13. Ambil makanan dan minuman yang bersih dan selamat
14.Guna maklumat pemakanan pada label secara berkesan.

Dibawah 14 mesej utama terkandung 55 cadangan utama (key recommendations) dengan beberapa cadangan tambahan untuk kumpulan populasi tertentu.

Cadangan-cadangan dalam Panduan Diet Malaysia 2010 adalah untuk individu-individu Malaysia berumur lebih 2 tahun.

Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan PKK Keningau