Bulan
Pemakanan merupakan salah satu aktiviti yang diilhamkan hasil kerjasama
Persatuan Pemakanan Malaysia ,
Persatuan Dietetian Malaysia
dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia ,
badan-badan swasta dan NGO yang lain, institusi pengajian tinggi tempatan serta
kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan
menjaga pemakanan dan gaya
hidup sihat. Sambutan Bulan
Pemakanan yang pertama telah dilancarkan pada April 2002 dan selepas tahun itu,
sambutan diadakan pada setiap tahun dengan tema yang berbeza (untuk kumpulan
umur dan jantina yang berbeza).
Sambutan Bulan Pemakanan pada tahun ini disambut dengan tema “ MAKAN SECARA SIHAT, AKTIF
BERGERAK : CEGAH OBESITI”. Tema
kali ini mensasarkan golongan dewasa dengan memberi tumpuan dalam pendidikan
penyediaan hidangan sihat dan penurunan berat badan secara selamat dalam inisiatif mencegah obesiti.
Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan majlis sambutan bagi peringkat Negeri Sabah tahun 2014.
Pelbagai acara yang menarik dirancang bertepatan dengan tema pada tahun ini. Para pengunjung akan mempelajari asas pemakanan dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang disajikan adalah 6 zon interaktif yang merangkumi kesemua aspek pengurusan pemakanan.
Semua dijemput hadir bagi menimba pelbagai ilmu pemakanan yang baik serta bersama-sama memeriahkan majlis Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia pada tahun ini.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Bulan Pemakanan Malaysia di talian 087333725.
Disediakan Oleh :
Mohd Zamir Bin Majid
Pegawai Pemakanan
Keningau