Wednesday, 29 January 2014

MAKAN SECARA SIHAT DI TAHUN BARU CINA

8 Tip Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Perayaan Tahun Baru Cina

1. Hidangkan pelbagai jenis sayur-sayuran semasa makan besar atau semasa meraikan tetamu. Sayur-
    sayuran mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

2. Hidangkan sumber makanan tinggi serat seperti beras perang atau roti bijirin penuh. Makanan ini juga
    mengandungi vitamin dan mineral.

3. Utamakan hidangan ikan berbanding daging merah seperti daging lembu, dan khinzir kerana ikan
    mengandungi kurang lemak dan kolesterol.

4. Sediakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam/itik yang telah dibuang kulit kerana ianya lebih sihat.

5. Masak makanan dengan kaedah yang lebih sihat seperti merebus, memanggang, mengukus, atau menumis
    dengan minyak yang sedikit bagi mengurangakan kandungan minyak dan lemak.

6. Gunakan herba dan rempah ratus semulajadi atau buah kering untuk menggantikan penggunaan gula,
    garam dan sos dalam masakan.

7. Hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan bagi pencuci mulut.

8. Kurangkan menghidang minuman manis dan pastikan air kosong disediakan.


8 Tip Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Tahun Baru Cina

1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.

2. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan
    santan.

3. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.

4. Hadkan makanan yang manis seperti kuih bakul, biskut manis, gula-gula serta coklat.

5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.

6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi garam seperti kerepek dan keropok.

7. Minum air kosong berbanding air manis.

8. Hadkan pengambilan minuman beralkohol. Pengambilan yang berlebihan  boleh memudaratkan kesihatan.


Senarai Kandungan Kalori Bagi Makanan Yang Popular Semasa Perayaan Tahun Baru Cina Di Malaysia

Hidangan Utama




Kuih-Muih dan Manisan



Snek dan Kekacang



Minuman



Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2014,

Makan Secara Sihat, Kunci Kesihatan

Sumber : Buku Makan Secara Sihat Di Tahun Baru Cina, KKM.

Disediakan Oleh : 
Mohd Zamir Bin Majid
Pusat Maklumat Pemakanan, Keningau